Bercuti bersama Travel Agency atau Pergi Sendiri?

Ini antara soalan yang ramai tanya kami. Apa kelebihan travel dengan travel agency berbanding pergi sendiri. Saya cuba senaraikan beberapa idea saya.

1- Kos Pengangkutan
Kalau travel sendiri, katakan kos train dari London to Paris, biasanya dalam 80-150euros (RM400-RM750) per person per way. Jika naik bas, bersama group, kos adalah antara RM80-RM160 sahaja (kos sewa bas RM4000 sehari / 25-35 orang per group). Sama juga kos sewa kereta. Katakan sewa kereta 200 euros, ianya untuk 4 orang, dan sewa bas 800 euros, ianya untuk 25-35 orang.

2- Kos bilik hotel
Biasanya travel agency akan guna hotel di pinggir bandar, yang ada parking untuk bas. Dan kos hotel di luar bandar jauh lebih murah dari hotel di tengah bandar. After all, ramai guna hotel untuk tidur malam sahaja, siang hari keluar. Dan hotel di luar bandar lebih luas bilik dan lebih selesa dan sunyi.

3- Senarai tempat lawatan
Kami akan gunakan local tour guide untuk guide kami di setiap bandar, dan mereka akan aturkan dengan driver laluan perjalanan dan mereka biasanya tahu semua jalan dan cara terbaik untuk sampai. Katakan 1 hari ada 5 tempat untuk melawat, kita sudah ada itinerary, bas ready to move anytime. Kalau pergi sendiri, katakan guna public transport, anda perlu atur masa betul2, dan jika penat / malas, biasanya penat & skip 2-3 tempat yang menarik.

4- Info tempat lawatan
kalau backpacker, jarang yang ambilkan guide. Katakan guide di Paris 150euros untuk 3 hours, kami kira 150euros bahagi 35 orang = 4.28 euros sahaja sorang., Kalau pergi backpacker 4 orang, kos guide ialah 37.5euros. Tapi ada je yang ambil guide untuk small group, termasuk yang kami aturkan. Cuma kalau tak ambil guide, banyak info dan sejarah setiap bandar yang kita tak tahu. sekadar ambil gambar.

5- Makan halal
Biasanya kedai halal terletak di tempat yang berlainan dan tidak dekat dengan tempat lawatan / hotel. Biasanya travel agency akan aturkan makan di tempat yang berbeza untuk lunch dan dinner setiap hari. bayangkan pakej di Bangkok, kami aturkan 8 restoran berbeza sepanajng 5 hari di sana. Kalau backpacker travel sendiri, asyik2 restoran yang paling dekat dengan hotel sebab penat nak travel jauh / takut tak jumpa.

6- tak perlu fikir / kaji laluan
Ya, just dengar apa yang tour leader sebut. Dan follow saja. Breakfast kul 7, gerak kul 8. Kita akan ke sini ke sana, then lunch & solat di masjid mana, then petang shopping mana, dinner mana dan balik kul berapa. Senang.

7- Kenal kawan baru
yang ni paling best. Ada group kami tahun 2016, ada semua dalam group whatsapp sampai skrg. Bila ada kenduri kahwin anak salah seorang, kami buat reunion. Ingat muka je, nama banyak dah lupa. hehe

Apapun, ada kelebihan travel bersendiri ni. terutama yang niat nak berehat. bOleh bangun lewat, boleh keluar lewat, boleh balik hotel awal etc.

Tepuk dada, tanya selera.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like