Aktiviti Kayak di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan

Untuk yang suka beriadah petang & mencari kelainan, aktiviti kayak ini antara pilihan aktiviti yang unik di Kelantan.

Terletak di teping sungai Lubuk Durian & sungai Pengkalan Datu, Min House Camp menyediakan 16 kayak yang boleh disewa pada harga RM10 seorang.

Kos sewa ini termasuk dengan kayak, pengayuh & jaket keselamatan (wajib pakai). Aktiviti riadah berkayak ini boleh dimulakan seawal jam 7 pagi dan sehingga 7 malam. Waktu yang paling sesuai ialah waktu senaman pagi, dan juga selepas solat asar. Tempoh sewaan ialah tiada had, dan dalam lingkungan 30 min – 1 jam per sesi.

Aktiviti ini boleh dilakukan dalam kumpulan 2 orang minimum, atau kami sarankan dalam 6-8 orang per sesi (3-4 kayak serentak). Ini kerana riadah kumpulan kecil ini lebih sesuai dan tidak membosankan berbanding pergi berdua sahaja.

Untuk ke Min House Camp, boleh waze / google Maps Min House Camp“. Ianya terletak di Kubang Kerian, dan di biasa menjadi persingahan untuk ke Pulau Perhentian.

Sebarang pertanyaan mengenai kayak & aktiviti lain di Min House Camp, boleh hubungi di talian 013-9225440 atau whatsapp ke nombor yang sama.

TEMPAH SEKARANG!

10 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like