Menu Kampung di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan

Mencari menu set makanan yang paling menyelerakan dan paling sedap di sekitar Kota Bharu, Kelantan? Anda wajib mencuba menu di Min House Camp yang dimasak secara tradisional, meggunakan bahan organik dan bebas racun.

Menu ini adalah menu cadangan chef Tentera Laut DiRaja Malaysia, dan diolah sendiri oleh pemilik Min House Camp iaitu Pn Wan Noriah Wan Ramli yang sangat menekankan masakan organik dan bebas racun. Set makan tengah hari ini disediakan setiap hari kecuali hari Jumaat di Min House Camp melalui tempahan yang dibuat sekurangnya sehari lebih awal.

Menu istimewa ini adalah set untuk 4 orang dan disediakan terhad setiap hari memandangkan bekalan bahan organik yang terhad. Menu ini dijamin sedap dan segar. Ikan ditangkap di waktu pagi, ayam juga disembelih pada waktu pagi sebelum dimasak dan dihidangkan pada waktu makan tengah hari.

Menu istimewa untuk 4 orang ini adalah
1- satu ekor ikan patin organik masak tempoyak yang dibakar di dalam buluh & dapur arang
2- satu ekor ayam kampung organik belah empat digoreng kunyit dan rempah kampung
3- masak lemak sayur rebung cili api, pucuk belalai gajah & cekur manis yang dihidangkan di dalam kelapa muda
4- ulam ulaman yang ditanam di kebun bebas racun di Min House Camp
5- budu buatan sendiri (tanpa bahan pengawet) dan sambal
6- nasi puteh yang dikukus di dalam daun pisang & batang buluh (boleh tambah)
7- air pandan & serai madu yang ditanam di Min House Camp (boleh tambah)

ikan patin masak tempoyak dimasak di dalam buluh

Set menu ikan keli pes pedas dibakar di dalam buluh (2 ekor per set)

masak lemak sayur rebung cili api, pucuk belalai gajah & cekur manis yang dihidangkan di dalam kepala muda

nasi yang dikukus di dalam daun pisang & buluh

ulam ulaman segar kampung dan budu tanpa pengawet homemade

air minuman istimewa: air pandan dan serai segar direbus – sedap & wangi tanpa gula

Anda dijemput untuk menikmati menu ini di Restoran Buloh Min House Camp. Ianya terletak lebih kurang 6km dari bandar Kota Bharu, dan untuk sampai ke sini, anda boleh Waze Min House Camp ataupun Grab Min House Camp

Set makan tengah hari ini boleh juga disediakan untuk makan malam di atas permintaan anda. Harga menu ini adalah seperti berikut:
Set menu ikan patin masak tempoyak: RM95 untuk 4 orang makan (nasi & air tambah percuma)
Set menu ikan patin asam pedas: RM90 untuk 4 orang makan (nasi & air tambah percuma)
Set menu 2 ekor ikan keli pes pedas: RM80 untuk 4 orang makan (nasi & air tambah percuma)

SEMUA SET akan dihidangkan bersama 1 ekor ayam kampung goreng kunyit, masak lemak rebung, ulaman, budu, sambal, nasi (unlimited) dan air pandan serai (unlimited)

Menu ikan patin tambah ikan keli: tambahan RM20 untuk 2 ekor ikan keli

Tambahan madu akasia/tualang (untuk minuman): RM15 sebotol
Tambahan madu kelulut (untuk minuman): RM25 sebotol

Menu pilihan lain: ikan patin masak asam pedas dalam buluh

Untuk tempahan, sila hubungi Min House Camp di talian / whatsapp 013-9225440 . Klik di sini untuk memulakan whatsapp.

10 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like