Pakej Muslim ke Afrika Selatan & Mauritius

Johannesburg – Port Elizabeth – George – Oudtshoorn – Garden Route – Hermanus – Cape Town – Mauritius

Dari kecil saya pernah terfikir untuk ke Afrika Selatan. Sebab kita tahu, ada 4 tempat yang ada kaum Melayu di dunia ni. Nusantara, Sri Lanka, Cambodia & juga Afrika Selatan.

Juga mungkin disebabkan oleh tarikan Safari di sana, memandangkan saya seorang pencinta haiwan yang exotic. Selamatbercuti mengaturkan sebuah aturcara lawatan ke Afrika Selatan yang saya fikir satu pakej yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Antara tempat lawatan di South Afrika yang akan dilawati ialah Johannesburg, iaitu kota terbesar di Afrika. Tetamu akan melawati Lesedi Cultural Village yang menempatkan kebudayaan pelbagai etnik seperti Sotho, Zulu, Xhosa, Pedi dan Ndebele; tetamu boleh melihat perbezaan bentuk rumah tradisi mereka, pakaian mereka, cara hidup mereka dan juga menonton persembahan tarian kebudayaan tradisi. 

Masjid terbesar di Afrika Selatan iaitu Nizamiye Turkish Mosque juga akan dilawati dan kita boleh solat Zohor dan Asar di sini.

Tetamu juga akan melawat Port Elizabeth, bandar pelabuhan utama di Afrika Selatan, dan melawat Golden Route, merasai pengalaman Game Drive mendekati hariwan seperti singa, badak sumbu, zirafah, gajah dan lain – lain. Melawat Cango Cave melihat formasi batuan.

Kita juga akan ke Cape Town, dan berpeluang melihat ikan paus yang berenang di Lautan Atlantik. Di sini, kita akan ke Bo-Kaap, iaitu perkampungan melayu & kita boleh solat di Auwal Mosque dan melawat Bo-Kaap museum! dan menaiki kereta kabel ke puncak Table Mountain.

Lawatan lain di Cape Town juga ialah ke Camps Bay & Hout Bay iaitu perkampungan nelayan yang berlatarkan lautan dan gunung yang indah. Juga ke Seal Island untuk melihat lebih 64,000 ekor singa laut afrika. Tetamu juga berpeluang menaiki Flying Dutchman Funicular Tram menuju ke Cape Point Lighthouse dan bergambar di penghujung benua Afrika.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej ke Afrika Selatan / South Afrika Package dari Kuala Lumpur, Malaysia ini, boleh lawati https://selamatbercuti.com/tour/10h8m-afrika/

29 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like