SEPERTI BERADA DI SYURGA DUNIA-part 2

Percutian 12H, 9M ke 6 negara eropah (London (UK), Paris (France), Brussel (Belgium), Amsterdam (Netherland), Frankfurt (German), Zurich (Switzerland)

Post asal berada di facebook: https://www.facebook.com/andiknurul.rasyidah/posts/10212149574356947

Part 1 dah cerita tentang London, Paris dan Brussel..sekarang sy nak kongsi tentang Amsterdam, Frankfurt dan Switzerland pulak.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212149014022939&id=1303667386
(Link utk part 1)

Kenapa sy bhgikan kpd 2 part, sbb pertama..nanti panjang sgt pulak..muntah nk baca..huhu.sbb kedua..3 negara pertama tu tmpat menarik lebih kepada pembinaan bangunan yg unik..3 negara yg seterusnya lebih kepada keindahan alam ciptaan Allah.subhanAllah..mmg indah sgt..rasa mcm di syurga..agaknya mmg Allah buat keindahan di dunia ni supaya hambaNya lihat, Aku boleh cipta secantik ini..kamu tunggu di Syurga..Aku ciptakan lebih indah lagi..yg x pernah dipandang, didengar atau terpikir di fikiran.subhanaAllah..x boleh byg..

Ok done tazkirah.hihi..kita teruskan dgn cerita pulak.

4. AMSTERDAM – Melawat ke “Keukenhof”. Taman bunga terbesar di dunia..MasyaAllah..indahnya..tak terkata.bunga2 ditanam pelbagai warna, disusun indah dan rapi, bersih..cuaca yg nyaman, sungai2 yg mengalir di tepi2 tanaman bunga..speechless..peminat2 bunga datanglah kesini..rasa macam xnk keluar dr tempat tu. Tapi tulah, bila kita ikut pakej..waktu terhad..x sempat pusing ke seluruh kwsn..mmg bsr sgt.Agaknya kalau pegi sendiri, boleh ambil masa 1 hari utk pegi ke seluruh ceruk garden.

Kemudian, kami menaiki cruise mengelilingi bandar amsterdam. Amsterdam ni mmg cantik bandarnya. Banyak betul sungai2 disekeliling bandar dan rumah2..bersih..agaknya kalau di malaysia, habis sungai2 tu dipenuhi sampah.macam mana agknya rakyat mereka dididik supaya x buang sampah merata2..kadang2 terfikir, memang sungai ke..kenapa byk sgt..ntah2 longkang..tp indah sgt..bersih..nyaman.haha..x terfikir pulak nk tanya tour guide kami. Cruise berhenti di kedai “Gassan diamond”. Kami diajar tentang pembuatan diomond n harga yg berbeza mengikut gred. Cantik sgt.harganya pun cantik juge.huhu

5. Cologne, frankfurt (German) – di Cologne kami singgah ke “Cologne Cathedral”, dan “Cologne central mosque”. Churchnya mmg unik binaanya.tapi masjidnya pun unik, kami solat disana.mmg canggih tempat ambil wudhu’ dan tempat letak kasut. Pakai censor semuanya.katanya pembinaan masjid ni dulu dihalang, tapi kuasa Allah, terbina juga.

Esoknya, kami ke Titisee Lake, tasik yg sgt indah..subhanaAllah.dgn gunung2 di tepi tasik, itik dan angsa berenang2.nyamannya suasana. disana juga kami dibawa ke kedai buatan jam “Cuckoo clock”..menarik ciptaan jamnya..

6.Zurich, Lucern, Mount Titlis (Switzerland) –

Setelah memasuki border switzerland, kami terus ke ” Rhine Falls”..air terjun terlebar di europe.SubhanAllah, keindahan apakah ini..tak terluah dgn kata2..biarlah gmbar berbicara.tp melihat sendiri dgn deria mata,telinga ciptaan Allah, mmg tiada tandingannya.sy doakan sahabat2 juga dpt smpai kesini. Melihat sendiri kebesaran Allah.

Esoknya, kami dibawa ke “Lion monumen”, shopping di “Bucherer”, ramai yg beli jam swiss di sini.

Dan top of the list, tempat plg ditunggu2, sudah semestinyalah bermain salji di “Mount Titlis”. MashaAllah..SubhanaAllah..switzerland sgt cantik.kami pergi waktu spring, cuaca panas, tapi atas gunung tu bersalji.sebenarnya dkt ats tu panas terik, sebab dah bwk baju sejuk, pakai ajelah.haha..suami pakai tshirt je. Long john pun x pakai.aduhai. Kalau fikir mmg pelik, mcm mana cuaca terik mcm tu, salji boleh x cair semuanya.tapi mmg puaslah main salji. Kami buat hal sendiri lagi menaiki “ice flyer”. Byr 12swissfranc seorg.naik mcm kabel car tp terdedah..

Esoknya kami melawat ke bandar zurich sebelum bertolak pulang ke airport zurich trbang ke malaysia.transit di istanbul.

*Suhu sepanjang perjalanan kami pada musim “spring” ni antara 9’c hingga 29’c..di london je sejuk ckit..9’c..di tempat2 lain mcm cuaca di cameron je rasanya. Cameron pun lebih sejuk.huhu..kesimpulannya, sama mcm malaysia.ingtkan pegi europe makin putih.maklumlah bercuti di negara org putih.tp sunburn je bila balik malaysia.haha..baik x payah pegi europe kan..hehe.bertabahlah.tp pemandangan sgt indah.alhmdulillah..cuma kulit jd kering n gatal..kena pakai losyen banyak2.

Ps Kelebihan bercuti dgn travel agent, dapat berkenalan dgn org2 lain dr group yg sama.Mereka semua lagi byk pengalaman, berjalan ke sana sini. seronok mendengar cerita mereka. Tour guide kami, en azizi namanya.sgtlah berpengalaman. Europe tu dah mcm kampung dia dah.perjalanan kami alhmdulillah lancar n mudah.dpt makan nasi setiap malam di restoran disana.dgr cerita dr ayah, kwnnya berjalan ke europe, seminggu x mkn nasi.huhu..antara restoran yg kami singgah utk mkn mlm adalah di “Restoran Nur Kuala Lumpur”. Ada byk branch di europe.sedap masakan mereka.sesiapa yg teringin nk mkn nasi di europe, sy cdgkan mkn di kedai mereka. Sy tidak dibayar utk puji mereka. Perkongsian sy ikhlas dr hati.semoga bermanfaat untuk semua.

Rasyidah Ariffin

Post asal berada di facebook: https://www.facebook.com/andiknurul.rasyidah/posts/10212149574356947

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like